Apa Sebenarnya WhatsApp Business Platform Ni?

(Eksklusif untuk pelanggan Bual Pro)

Pernah dengar tentang WhatsApp Business Platform? Atau mungkin nama lainnya, WhatsApp API?


Untuk pengguna di Malaysia, kita panggil ia WhatsApp Cloud pun boleh.


Lagi mudah untuk kami terangkan berbanding keliru dengan WhatsApp Business App tu.


Senang cerita, ia adalah WhatsApp khas untuk bisnes yang sudah besar atau dalam fasa nak grow kepada lebih besar.


Tujuannya?

Untuk bantu bisnes berhubung dengan pelanggan di WhatsApp secara lebih efisien dan pada skala yang besar.


Ia sangat berguna untuk membina hubungan baik dengan pelanggan, meraih kepercayaan mereka dan sudah tentu untuk tingkatkan jualan.


WhatsApp Business Platform (aka WhatsApp Cloud) ini jauh lebih 'power' berbanding WhatsApp Business App.


Ia ada lebih banyak fungsi automasi, contohnya macam hantar mesej sequence secara automatik, guna chatbot, AI dan macam-macam lagi ciri canggih yang memang direka untuk syarikat besar.


Paling best, ia membolehkan bisnes sambungkan WhatsApp terus ke sistem sedia ada mereka seperti sistem khidmat pelanggan, CRM atau sistem jualan.

Apa Beza WhatsApp Business Cloud Dengan WhatsApp Business App?


Okay, ini perbezaan utama yang anda perlu tahu:


1. Bukan Guna Mobile Apps sahaja


Tidak seperti WhatsApp biasa atau WhatsApp Business yang anda muat turun di iOS App Store atau Google Play Store, WhatsApp Business Cloud ini sebenarnya bukanlah sebuah apps.


Ia adalah satu set 'jambatan' (API) yang digunakan oleh developer untuk mengaktifkan pelbagai fungsi dan menyambungkannya dengan sistem lain seperti CRM atau Marketing Tech Platform yang lain.


2. Skala Jauh Lebih Besar


Walaupun fungsinya sama, iaitu untuk bersembang dengan pelanggan, WhatsApp Cloud ini boleh layan jumlah pelanggan yang jauh lebih ramai secara serentak.


Ia boleh diuruskan oleh ribuan staff atau bot secara automatik, berbanding WhatsApp Business App biasa yang lebih terhad.


3. Ada Caj Penggunaan


WhatsApp Business App biasa adalah Percuma. Tetapi untuk WhatsApp Cloud ini, ada caj dikenakan untuk setiap perbualan.

Jangan risau, kita akan sentuh bab harga nanti.


4. Perlukan Bantuan Teknikal


Anda tak boleh terus muat turun dan guna.


Untuk setup WhatsApp Cloud ini, bisnes anda perlukan bantuan developer, sama ada dari tim Meta atau syarikat luar yang ada status Business Messaging Partner seperti Bual Pro.


WhatsApp Business App biasa?

Sesiapa pun boleh muat turun dari iOS App Store atau Google Play Store.

Apa yang Saya Boleh Buat Dengan WhatsApp Business Platform?


Banyak benda!


WhatsApp Business Platform (aka WhatsApp Cloud) ini membuka pelbagai potensi untuk bisnes skala besar (atau yang sedang nak grow) berinteraksi dengan pelanggan.


Contohnya, anda boleh:


1. Guna pelbagai nombor telefon dan display name yang berbeza.


2. Sediakan message template dan hantar mesej secara automatik mengikut turutan yang ditetapkan.


3. Hantar mesej yang ada gambar, video atau dokumen untuk tarik perhatian pelanggan dan kenalkan produk.


4. Hantar tawaran istimewa dan mesej yang khusus untuk memikat pelanggan sehingga mereka membuat pembelian.


5. Hantar reminders atau follow-up secara automatik jika pelanggan abandoned shopping cart atau belum selesai buat pembelian.


6. Buat iklan remarketing guna Facebook Ads yang terus membawa pelanggan ke WhatsApp.


7. Layan pelanggan serta-merta (fast response) sebaik sahaja mereka klik link WhatsApp dari laman web, iklan atau help center anda.


8. Track semua perbualan yang masuk dan keluar, serta monitor penggunaan dan perbelanjaan anda.

WhatsApp Cloud Ni Percuma Ke?


Tak sepenuhnya.


Tapi ada berita baik!


Untuk setiap bulan, 1,000 perbualan pertama (service-related conversations) adalah Percuma.


Satu perbualan dikira sebagai satu sesi conversation dalam tempoh 24 jam.


Selepas kuota percuma itu habis, anda akan dicaj untuk setiap perbualan dan kadarnya bergantung pada jenis perbualan tersebut.


Struktur harga untuk WhatsApp Cloud ini telah disenaraikan oleh Meta, anda boleh lihat butirannya di sini.


Cuma, perlu ingat.


Anda perlukan khidmat developer untuk memasang API (aka WhatsApp Cloud) ini, sama ada dari tim anda sendiri atau melalui Business Messaging Partner seperti Bual Pro.


Jadi, mungkin ada sedikit kos permulaan.


Yuran untuk konsultasi, pemasangan dan servis lain biasanya berbeza mengikut syarikat yang anda pilih.


Macam Mana Nak Mula Guna?


Berminat?


Dapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk bermula dengan WhatsApp Business Platform (aka WhatsApp Cloud) melalui sesi discovery call bersama kami.


Macam Mana Bisnes Lain Guna Platform Ni?


Nak tengok contoh-contoh sebenar?

Baca kisah bagaimana bisnes-bisnes lain menggunakan WhatsApp Cloud di sini.



Disclaimer: Bual Pro is an independent software product and has no affiliation with, nor is it authorized, sponsored, or approved by WhatsApp Inc. or Meta Platforms, Inc.

Hakcipta Terpelihara © FLARE SDN BHD 202401048011 (1593856-T) - 2025