Panduan Tingkatkan Kualiti Perbualan & Rating di WhatsApp

(Eksklusif untuk pelanggan Bual Pro)

Nak tingkatkan rating kualiti akaun WhatsApp Business Platform (API) anda?

Kuncinya mudah: Hantar mesej yang berkualiti tinggi dan disukai oleh pelanggan anda.


Apabila anda berjaya mengekalkan rekod penghantaran mesej berkualiti tinggi secara konsisten (sekurang-kurangnya 1,000 perbualan dalam 30 hari), bisnes anda berpeluang untuk layak mendapat lebih banyak ciri eksklusif dan mencapai lebih ramai pelanggan.


Jom ikut beberapa amalan terbaik di bawah ini.


Ciri-ciri Perbualan Bisnes yang Disukai Pelanggan


Setiap perbualan yang anda mulakan mestilah sesuatu yang dinantikan (Expected), tepat pada masanya (Timely), dan relevan (Relevant).


1. Expected (Dinantikan): Pastikan anda hanya menghantar mesej kepada pelanggan yang memang sudah bersetuju (opt-in) untuk dihubungi oleh bisnes anda melalui WhatsApp. Elakkan menghantar mesej kepada sesiapa sahaja tanpa kebenaran mereka.


2. Timely (Tepat Pada Masanya): Hubungkan mesej anda dengan sesuatu yang sensitif pada waktu. Contohnya:


  • Promosi untuk acara bermusim (seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina) yang berkaitan dengan pembelian lepas mereka.
  • Mesej susulan (Follow-up message) tentang produk yang baru mereka lihat atau beli baru-baru ini.


3. Relevant: Pastikan mesej anda bersifat peribadi dan kena dengan minat pelanggan. Jangan lupa sertakan CTA (Call-To-Action) yang jelas. Contohnya:


  • Kongsi maklumat tambahan tentang produk yang mereka minati atau tawarkan diskaun istimewa
  • Cadangkan produk tambahan, ciri baru atau naik taraf (upsell) yang sepadan dengan apa yang pernah mereka beli atau guna sebelum ini.


Langkah-langkah Mudah untuk Tingkatkan Rating Kualiti Anda


1. Mudahkan Proses 'Opt-in' & 'Opt-out': Selain hanya menghantar mesej kepada mereka yang opt-in, sediakan juga cara yang mudah dan jelas untuk mereka berhenti melanggan (opt-out) pada bila-bila masa. Pengalaman pengguna (user experience) yang baik akan memberi kesan positif pada rating anda.


2. Hasilkan Mesej yang Menarik dan Engaging: Karang mesej yang relevan dan kena pada masanya, khusus untuk kumpulan pelanggan sasaran anda.


3. Jangan 'Spam' Pelanggan: Kawal kekerapan (frequency) mesej yang anda hantar. Elakkan menghantar mesej bertalu-talu dalam masa yang singkat kerana ia boleh dianggap sebagai spam.


4. Sentiasa Pantau Kualiti di Dashboard: Ambil tahu tentang sejarah kualiti (quality history) akaun anda untuk tempoh 30 hari. WhatsApp menyediakan data tentang sebab rating anda jatuh (jika ada) dan kualiti templat (template quality) mesej anda jika low atau medium quality. Gunakan data ini untuk kenal pasti masalah dengan cepat.


5. Rancang & Uji Strategi Outreach Anda: Sediakan satu strategi komunikasi yang jelas. Cuba bereksperimen untuk lihat jenis mesej yang paling disukai pelanggan dan perbaiki strategi anda dari semasa ke semasa berdasarkan data rating kualiti.


6. Semak Template Mesej Baru: Jika anda atau tim anda ada menambah template mesej baru dalam 7 hari lepas, perhatikan prestasinya. Kadang-kadang, template mesej bary inilah yang menjadi punca rating menurun.


7. Patuhi Dasar WhatsApp (WhatsApp Policies): Ini yang paling penting. Pastikan semua mesej anda mematuhi Dasar Perniagaan dan Perdagangan WhatsApp (WhatsApp Business and Commerce Policies).



Nota tambahan yang perlu diingatkan juga: Walaupun kualiti perbualan yang anda mulakan (business-initiated) sangat penting, rating anda juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti reputasi bisnes, kelancaran fungsi bot dan kepantasan anda menjawab pertanyaan pelanggan.




Disclaimer: Bual Pro is an independent software product and has no affiliation with, nor is it authorized, sponsored, or approved by WhatsApp Inc. or Meta Platforms, Inc.

Hakcipta Terpelihara © FLARE SDN BHD 202401048011 (1593856-T) - 2025